Skip to main content

Kursus Asas Membina Laman Sesawang

FKEEevents | 6.3.2024 | Jawatankuasa Content Development Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) telah mengadakan kursus asas membina laman sesawang bertempat di Makmal Sistem Kawalan Mikro, Blok QB, FKEE. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Saiful Zaree Bin Johar, dari Unit Web & Latihan, Pusat Teknologi Maklumat (PTM), UTHM dan telah dihadiri oleh 21 orang staf FKEE.

Peserta telah ditunjukkan cara memasang perisian xampp yang digunakan sebagai localhost laman sesawang yang akan dibina. Langkah-langkah untuk menyediakan tetapan bagi pentadbir laman sesawang juga telah ditunjukkan bagi membolehkan peserta membuat artikel, kategori dan menu pada laman sesawang. Selain daripada itu, peserta juga telah mencuba menggunakan Joomla Yootheme Pro, yang mana lebih banyak fungsi yang menarik dapat digunakan dalam paparan laman sesawang. Peserta turut diajar kaedah untuk memasang fungsi tambahan dari laman sesawang seperti Akeeba untuk membuat salinan draf laman sesawang di computer.

Melalui kursus yang telah dianjurkan, diharapkan lebih ramai staf FKEE yang boleh terlibat dalam Pembangunan laman sesawang FKEE, persidangan dan pertandingan di peringkat luar UTHM yang dikendalikan oleh FKEE.
 

#SUSILA@FKEEUTHM
#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesProfessionals

Kursus Membina Laman Sesawang

Web 0

Web 1

Web 9

Web 10

Web 11

Web 12

Web 13