Skip to main content

Kursus Merekabentuk Poster Mengunakan Canva

FKEEevents | 4.3.2024 - 5.3.2024 | Jawatankuasa Content Development Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) telah mengadakan kursus merekabentuk poster menggunakan Canva bertempat di Makmal Sistem Kawalan Mikro, Blok QB, FKEE pada 4-5 Mac 2024. Kursus ini dihadiri oleh 25 orang staf pada Siri 1 dan 27 orang staf pada Siri 2, yang terdiri daripada wakil jawatankuasa FKEE. Penyampai bagi kursus ini ialah En. Rosley bin Sawarno, dari Jabatan Pengurusan Makmal dan Aset, FKEE.

Peserta telah diberikan pendedahan kepada Canva versi Education yang mempunyai lebih banyak fungsi dan templat yang boleh digunakan dalam merekabentuk poster. Selain itu, peserta kursus juga telah mendapat penerangan rekabentuk grafik berdasarkan garis panduan UTHM. Di awal sesi, peserta ditunjukkan kaedah merekabentuk poster tanpa templat. Kemudian, peserta ditunjukkan pula cara pemilihan templat poster serta bagaimana untuk mengubahsuai templat tersebut mengikut informasi yang diperlukan. Pada sesi petang, peserta kursus telah diminta merekabentuk poster yang diperlukan oleh jawatankuasa masing-masing seperti poster kursus dan poster makluman.

Kursus ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada staf FKEE untuk memanfaatkan templat rekaan yang telah disediakan oleh Canva versi Education bagi kegunaan rekaan poster yang diperlukan oleh jawatankuasa.

#SUSILA@FKEEUTHM
#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesProfessionals

Kursus Canva Siri 1

Kursus Canva Siri 2

Canva1 1

Canva1 2

Canva1 3

Canva1 4

Canva1 5

Canva1 13

Canva1 14

Canva1 15

Canva2 1

Canva2 12