Skip to main content

Kursus Penyediaan Lesson Plan & Author Untuk Pembelajaran Teradun Gantian (PTG)

FKEEevents | 23.09.2024 | Kursus Penyediaan Lesson Plan & Author Untuk Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) bagi FKEE, anjuran Pusat Pembelajaran MAYA dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Pengajaran FKEE telah berjaya dilaksanakan pada 23 September 2024 dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Bilik Seminar QB, FKEE.

Penerangan mengenai teori dan konsep PTG telah disampaikan oleh Timbalan pengarah Pusat Pembelajaran MAYA , Ts. Dr, Sabariah binti Musa, manakala pelaksanaan praktikal PTG dalam Perancangan Kuliah RPP04 telah diberikan oleh Ketua Jabatan Pembangunan Pembelajaran Maya, Dr, Mohd. Zulfadli bin Rozali. Seterusnya, Encik Helmi bin Abd Jalal menunjukkan pelaksanaan PTG di dalam sistem AUTHOR.

Seramai 50 orang staf akademik menghadiri kursus ini, walaupun hanya 40 orang yang mendaftar sebelum kursus bermula. Staf akademik giat berbincang, berinteraksi dan berusaha untuk mendapat status PTG dalam Perancangan Kuliah RPP04 dan sistem Author. Diharapkan pada akhir kursus ini, pada semester 1 2024/2025, status PTG di FKEE akan meningkat dan staf yang telah menghadiri dapat menyampaikan ilmu PTG ini kepada rakan-rakan akademik yang tidak berkesempatan menghadirinya.
  
#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesProfessionals

AuthorPTG 0
AuthorPTG 1
AuthorPTG 2
AuthorPTG 3
AuthorPTG 4
AuthorPTG 5