Skip to main content

Lawatan Softronix Sdn. Bhd. ke FKEE, UTHM

FKEEevents | 22.08.2024 | Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) UTHM telah menerima lawatan daripada syarikat Softronix Sdn Bhd diketuai oleh Pengarah Urusan Ts. Dr. Lai Mee Chian. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan integrasi industri dan akademik melalui platform Vayo Industry Academic Integration.

Perbincangan antara Softronix dan FKEE UTHM telah membuka peluang kerjasama yang lebih erat antara pihak universiti dan industri, terutamanya dalam usaha memperkukuhkan hubungan antara dunia akademik dan keperluan industri. Hasil daripada perbincangan tersebut, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi.

Lawatan ini menandakan langkah penting ke arah mempersiapkan pelajar dengan kemahiran yang relevan dengan industri melalui integrasi teknologi Vayo dalam kurikulum akademik di FKEE UTHM.
#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesProfessionals

Softronic 1
Softronic 2