Skip to main content

FKEE Upskilling Program : Microprocessor and Microcontroller Bootcamp (Series 1)

FKEEevents | 09.05.2024 & 16.05.2024 | Pada 9 dan 16 Mei 2024, telah diadakan program FKEE Upskilling Program : Microp And Microc Bootcamp (Series 1) anjuran Kluster Kejuruteraan Komputer Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA). Program yang berlangsung selama 2 hari itu dihadiri oleh pelajar-pelajar yang mengikuti Kursus Microprocessor dan Microcntroller seramai 150 orang. Mereka dipecahkan kepada empat kumpulan, di mana kumpulan 1 dan 2 telah menghadiri Bottcamp pada 9 Mei 2024 diikuti oleh kumpulan 3 dan 4 yang menghadiri Bootcamp pada 16 Mei 2024. Para penceramah adalah terdiri dari pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus berkenaan iaitu Dr Chua King Lee, Dr Chessda Uttraphan Eh Kan dan PM Ir. Dr. Siti Zarina Mohd Muji dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang pernah mengajar kursus tersebut sebelum ini.

Program itu bertujuan memperkenalkan bidang Microprocessor and Microcontroller kepada pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik disamping memahirkan pelajar dengan penggunaan perisian Keil yang sering digunakan di industri kerana ia boleh memprogramkan Embedded C language yang mempunyai kaitan langsung dengan perkakasan.
Program itu dimulakan dengan ceramah industri bertajuk Embedded System: The Future yang disampaikan oleh En Mohamad Syafiq bin Khasmani dari EDAG Holding Sdn Bhd pada 9 Mei 2024. Beliau yang memegang jawatan sebagai Team Lead Embedded System, berpengalaman luas dalam bidang sistem terbenam terutamanya yang melibatkan automotif. Perkongsian beliau membuka mata para pelajar kepentingan pengaturcaraan di industri.

Empat aktiviti hands-on juga telah berjaya dilaksanakan dalam Bootcamp tersebut iaitu GPIO, GPIO interrupt, Timer dan Serial Communication. Diharapkan aktiviti ini memberikan banyak manfaat kepada pelajar dan dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan bagi melahirkan para pelajar yang kompetan sebagai persediaan pelajar ke industi.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini terutamanya kepada AJK pelaksana FKEE Upskilling Program : Microprocessor and Microcontroller Bootcamp (Series 1).

Pengarah Program : Dr. Chua King Lee
Biro Dokumentasi : PM Ir. Dr. Siti Zarina Binti Mohd Muji (Ketua)
Biro Peralatan dan Poster : Dr. Nik Shahidah Afifi Taujuddin (Ketua)
Biro Pensijilan : Pn. Munirah Ab. Rahman (Ketua)
                          : Dr. Tasiransurini Ab Rahman
Biro Jamuan : Pn. Munirah Ab. Rahman (Ketua)
                       : Dr. Tasiransurini Ab Rahman
Biro Modul : Dr. Chua King Lee (Ketua)
                     : Dr Chessda Uttraphan Eh Kan
                     : PM Ir Dr. Siti Zarina Mohd Muji
Biro Latihan : Dr Chessda Uttraphan Eh Kan (Ketua)
                       : Dr. Chew Chang Choon
                       : Dr. Tasiransurini Ab Rahman
                       : Pn. Munirah Ab. Rahman
                       : Dr. Nik Shahidah Afifi Taujuddin
Biro Teknikal : En. Kovalan A/L Kanawathi (Ketua)
                        : En. M. Nazeri Bin Sarmijan
                        : Pn Noraizah Wahab


#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesProfessionals
#computerclusterfkee
#APELuthm
 

microp microc 1

microp microc 2

microp microc 3

microp microc 4

microp microc 5

microp microc 6

microp microc 7

microp microc 8

microp microc 9

microp microc 10