Skip to main content

Bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2024 FKEE

FKEEevents | 15.2.2024 - 17.2.2024 | Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) telah mengadakan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2024 bertempat di Hotel New York, Johor Bahru pada 15-17 Februari 2024 melibatkan seramai 38 orang yang terdiri daripada barisan pengurusan FKEE, n Pengerusi / Wakil Pengerusi Jawatankuasa yang terdapat di FKEE dan urusetia program. Tujuan program diadakan adalah untuk menetapkan aktiviti dan KPI yang perlu dicapai berdasarkan SKTU 2024 dan Blue Print UTHM.

Prof. Madya Ts Dr. Asmarashid Bin Ponniran, Dekan FKEE dalam ucapan pembukaan menyatakan program yang diadakan adalah penting bagi menetapkan dan memastikan FKEE berada dalam landasan yang betul dalam menghadapi pelbagai cabaran seperti enrolment pelajar, kewangan, kemudahan fasiliti yang semakin dimamah usia dan pelbagai faktor lain. Walaubagaimanapun cabaran yang dihadapi perlu dijadikan sebagai motivasi dalam memastikan visibiliti FKEE mendapat perhatian daripada pelajar di luar sana untuk melanjutkan pengajian di FKEE.

Semasa bengkel, ahli yang terlibat dipecahkan mengikut kluster seperti kluster Dekan, kluster TDAA, kluster TDPPP dan kluster TDHEPA. Hasil daripada perbincangan dalam kluster seterusnya dibentangkan untuk dibuat penambahbaikan oleh ahli yang lain termasuk barisan pengurusan FKEE.

Secara rumusannya, bengkel yang dilaksanakan telah menetapkan pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan berdasarkan SKTU 2024 dan Blue Print UTHM. Semasa rumusan, YBhg. Dekan FKEE telah menetapkan Wibawa 2024 FKEE adalah seperti berikut :

i. Kebersamaan & Penghargaan
ii. Enrollmen pelajar UG dan PG
iii. Kemahiran pelbagai
iv. Insiatif Baharu
 
#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesProfessionals
 

skt 1

Sesi perbincangan kluster Dekan

skt 5

 Sesi perbincangan kluster Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan)

skt 2

Sesi perbincangan kluster Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa)

skt 3

Sesi perbincangan kluster Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

skt 4