Skip to main content

Kursus TikTok untuk Pengajaran dan Pembelajaran

FKEEevents | 24.4.2024 | Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran (JK P&P) dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Kompetensi Pelajar (JK KP) FKEE bersama Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mengadakan Kursus TikTok untuk Pengajaran dan Pembelajaran bertempat di Makmal MCAD2 G1, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kursus ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Ahmad Fateh bin Mohamad Nor, Ketua Panel Bidang daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKEK), FKEE. Kursus ini telah disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dan pelajar UTHM dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma, Pusat Pengajian Bahasa dan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. 
 

Peserta telah diperkenalkan kepada konsep TikTok, teori pembinaan video yang berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran, serta kemahiran asas penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut yang percuma. Antara teknik-teknik yang diajar termasuk:

  • Menghilangkan latar belakang video
  • Menambahkan latar belakang baru
  • Menambahkan subtitle mengikut ucapan
  • Menambahkan tajuk video merentasi video
  • Memotong video tanpa ucapan (silence scene)
  • Mencantumkan beberapa video secara berurutan
  • Menambahkan transisi antara video yang berlainan
  • Menambahkan logo UTHM merentasi video
  • Mengedit teks
  • Menambahkan animasi untuk teks
  • Menambahkan muzik
  • Mengeksport video ke TikTok

Kursus ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran baru dalam menggunakan platform TikTok sebagai alat pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan berkesan.


#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesProfessionals
 

TikTok 0

TikTok 1

TikTok 2

TikTok 3

TikTok 4

TikTok 5

TikTok 6

TikTok 7

TikTok 8

TikTok 9

TikTok 10

TikTok 11