Skip to main content

1st Online Postgraduate Joint Symposium Between Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) and COMSATS University Islamabad (CUI), Universitas Multimedia Nusantara (UMN) & Toyohashi University of Technology (TUT)

FKEEevents | 1.2.2024 | Simposium antarabangsa secara maya yang melibatkan empat buah universiti iaitu UTHM, COMSATS Universiti Islamabad, Universitas Multimedia Nusantara dan Toyohashi University of Technology telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis, 1 Feb 2024 yang lalu. Program ini melibatkan universiti luar negara yang mempunyai MoU aktif dengan UTHM.

Program ini yang dirasmikan oleh Ybrs Dekan FKEE, Prof. Madya Ts. Dr. Asmarashid bin Ponniran telah berjaya menarik penyertaan seramai 110 orang peserta yang terdiri daripada staf, pelajar pascasiswazah dan pihak luar. Setiap universiti telah menghantar seorang wakil pelajar pascasiswazah untuk membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Senarai pelajar, tajuk penyelidikan, penyelia pelajar dan focal person adalah seperti berikut:

  1. UTHM – Nur Safwah binti Abd Rahaman, Determination of Number of Photons, Optode Spacing and Optimal LED Radial Width for Non-invasive Jaundice Using Optical Simulation, Penyelia/Focal person: Ts. Dr. Nur Anida binti Jumadi
  2. CUI – Sohaila Anam, Evaluation of Resistive Switching in Metal Oxide Thin Films, Penyelia: Dr. Junaid Ali, Focal person: Prof Dr. Nazar Abbas
  3. TUT – Rieru Inaba, Low-cost All-Solution Process of n-ZnO/ZnS/p-Cu2O solar cell, Penyelia: Prof. Masakazu Kobayashi & Dr. Pei Loon Khoo, Focal person: PM Dr. Fariza/ Dr. Pei Loon Khoo
  4. UMN - Kevin Nicholas Thanex, Development of Human Extension Devices: Grippers, Penyelia: Assoc Prof Dr Tomotaka Ito & Dr Rangga Winantyo, Focal person: PM Dr. Fariza binti Mohamad/Dr. Rangga Winantyo

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada keempat-empat universiti di atas kerjasama yang telah diberikan dan jutaan terima kasih kepada pihak focal person, FKEE, AJK pelaksana, pembentang, peserta dan pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di atas komitmen tinggi yang telah diberikan. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

#SUSILA@FKEEUTHM
#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesProfessionals

joint symposium 1

joint symposium 2

joint symposium 3

joint symposium 4

joint symposium 5

joint symposium 6