Skip to main content

Lawatan Kerja Delegasi FKEE ke Industri dan Institusi Pengajian Tinggi di Pulau Pinang

FKEEevents | 31.1.2024 | Delegasi FKEE yang terdiri daripada PM. Ts. Dr. Asmarashid Bin Ponniran (Dekan FKEE), PM. Dr. Lukman Hanf Bin Muhammad Audah (Timbalan Dekan – Akademik & Antarabangsa), PM. Ts. Dr. Mohd Noor Bin Abdullah (Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik) dan Dr. Wan Suhaimizan Bin Wan Zaki (Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik) telah bertolak ke Pulau Pinang untuk sesi lawatan kerja ke industri dan beberapa institusi pengajian tinggi.

Pada jam 3:00 petang Delegasi FKEE tiba di Vitrox Technologies Sdn. Bhd untuk sesi perbincangan bersama Mr. Gary Leong (Senior Director – AIS) dan Ms. Karen Savarimuthu (Senior Executive – AIS). Agenda perbincangan adalah berkaitan dengan perancangan aktiviti MoU tahun 2024, pengajuran bersama IICe2024, jemputan sebagai invited speaker dalam ICFTSS2024, kerjasama dalam pelaksanaan program SULAM, dan product pitching untuk STM32 Motor Control Educational Kit dan Agro-IoT. Matlamat utama sesi perbincangan tersebut adalah untuk mengukuhkan hubungan kerjasama jangka panjang bersama Vitrox dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi.

Seterusnya, pada jam 4:30 petang, delegasi FKEE telah mengadakan lawatan ke Vitrox College untuk sesi perbincangan artikulasi program akademik Vitrox iaitu Diploma in Electrical & Electronic Engineering, Diploma in Mechatronics Engineering, dan Diploma in Electronic Engineering (Machine Vision) bersama dengan program BEJ dan BEV. Hasil perbincangan tersebut telah membuka peluang kepada calon graduan diploma Vitrox untuk melanjutkan pengajian Sarjana Muda di FKEE dengan jumlah perpindahan kredit yang tinggi.

Pada keesokan hari (1/2/2024, 9:00 pagi), delegasi FKEE telah dijemput oleh Vitrox Technologies Sdn. Bhd untuk hadir ke program perasmian produk baharu mereka iaitu V-ONE MARS. Delegasi FKEE juga sempat meluangkan masa untuk networking session bersama dengan beberapa wakil industri lain yang hadir di program tersebut. Selepas itu, sesi pertemuan dengan wakil alumni yang bekerja di Vitrox telah diadakan untuk penyampaian cenderahati PKKA.

Seterusya, pada jam 2:15 petang, delegasi FKEE telah pergi melawat ke Institut Kemahiran MARA Seberang Prai Utara (IKM SPU) untuk sesi lawatan muhibah. Delegasi FKEE telah disambut oleh Pengarah IKM SPU, Ir. Ts. Rahim Bin Selamat dan pengurusan tertinggi. Perbincangan dengan IKM SPU berfokus kepada artikulasi program akademik dan peluang kerjasama berkaitan penyelidikan dan inovasi. IKM SPU mempunyai 2 program akademik iaitu Diploma Tek. Kej. Elektrik (Domestik Industri) dan Diploma Tek. Kej. Elektrik (Kuasa) yang berpotensi menjadi feeder FKEE pada masa akan datang. Selain itu, sesi perbincangan diteruskan dengan jemputan sebagai penganjur bersama IICe2024 dan peserta dalam ICFTSS2024. Kemudian, delegasi FKEE juga memperkenalkan produk STM32 untuk sesi p&p serta Agro-IoT untuk kolaborasi inovasi. Di akhir pertemuan ini, Dekan FKEE talah menyampaikan cenderahati PKKA kepada Ir. Ts. Rahim Bin Selamat dan beberapa pensyarah IKM yang merupakan alumni UTHM.

Akhirnya, pada jam 8:30 malam, delegasi FKEE telah berkunjung ke Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas (ILP KB) sebagai penutup kepada program lawatan kerja di Pulau Pinang. Sesi perbincangan telah diadakan bersama dengan ILP KB berkaitan penanda aras untuk pensijilan kemahiran pendawaian elektrik dan chargeman memandangkan FKEE juga mempunyai fasiliti pendawaian elektrik dan switchboard. Kemudian, delegasi FKEE telah dibawa melawat ke Chint Electrical Laboratory iaitu sebuah makmal yang ditaja oleh syarikat AlphaChint dari negara China. Sebelum bersurai, Dekan FKEE telah menyampaikan cenderahati kepada En. Muhamad Fauzi Bin Ahmad (Penolong Pegawai Latihan Vokasional) sebagai tanda penghargaan.

Pada keesokan hari (2/2/2024), delegasi FKEE telah bertolak pulang ke UTHM.

#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesProfessionals
 
Sesi perbincangan bersama Vitrox Technologies Sdn. Bhd

1 1

1 2

1 3

1 4

1 5

Lawatan ke Vitrox College

2 1

2-2

2-3

Sesi pelancaran di Vitrox Technologies Sdn. Bhd

3 1

3 2

3 3

3 4

3 5

3 6

3 7

3 8

Lawatan ke Institut Kemahiran MARA Seberang Prai Utara

4 1

4 2

4 3

4 4

4 5

Lawatan ke Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas (ILP KB)

5 1

5 2

5 3

5 4

5 5

Produk FKEE

Agro-IoT_1

Agro-IoT_2

CFP-ICFTSS

IIICe2024-Participants

IIICe2024-Sponsor

IIICe2024-StrategicPartner

ST-MCK