Skip to main content

Program Artikulasi Mara-Japan Industrial Institute (MJII) dan FKEE UTHM - 13 November 2019 (Rabu)

Tarikh

:

13 November 2019 (Rabu)

Masa

:

10.00 pagi - 4.30 petang

Tempat

:

Bilik Mesyuarat Blok QA

Tentatif Program

:

Seperti pada Lampiran 1


Seramai 16 orang staf akademik dan pengurusan dari MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Beranang, Selangor telah membuat lawatan ke FKEE, UTHM bagi tujuan artikulasi silibus (syllabus mapping) bagi program akademik MJII dengan FKEE UTHM.

Delegasi daripada MJII telah diketuai oleh En. Najwan bin Abdul Rahman selaku Industrial Liason Officer di MJII.

Perbincangan berkenaan artikulasi silibus (syllabus mapping) di MJII-FKEE telah dilaksanakan bagi mengenalpasti kursus-kursus yang layak dipohon pengecualian kredit oleh pelajar lepasan diploma MJII untuk tujuan melanjutkan pengajian di program akademik FKEE.

Hasil perbincangan awal menunjukkan terdapat pertambahan kursus-kursus di MJII yang telah dikenalpasti untuk diberikan pengecualian kredit.

Semoga dengan adanya program artikulasi ini, akan dapat meningkatkan lagi jumlah pelajar lepasa diploma MJII yang berminat untuk melanjutkan pengajian di program akademik FKEE.

Program akademik di FKEE:

1. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian (BEJ)

2. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian (BEV)

Program akademik di MJII:

1. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik)

2. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Sistem Terbenam)

3. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Robotik & Automasi)

4. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Transmisi Data & Rangkaian)

5. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Pengukuran Elektronik & Kawalan)

1

2

3

4

5

6

7

 

Lampiran

tentatif