Skip to main content

Ceramah “Grow Your Small Business Into A Larger Enterprise” Oleh Datuk Ir. Dr. Leong Siew Mun – Profesor Pelawat Kursi Bandar Pintar Sena-UTHM – 23 September 2019 (Isnin)

Bersempena dengan Program Lawatan Profesor Pelawat Kursi Bandar Pintar SENA-UTHM pada 23 September 2019 yang lepas, ceramah yang bertajuk“Grow Your Small Business into a Larger Enterprise” telah disampaikan oleh Datuk Ir. Dr. Leong Siew Mun, bertempat di Bilik Mesyuarat Blok QA, mulai jam 2.30 hingga 3.30 petang. Dalam sesi ceramahnya, Datuk telah berkongsi pengalaman luas beliau dalam bidang perniagaan dan juga kisah beberapa tokoh ahli perniagaan berjaya yang telah memberi inspirasi kepada beliau. Di akhir majlis, pihak fakulti telah berbesar hati menyampaikan sedikit cenderamata kepada Datuk sebagai tanda penghargaan dan ribuan terima kasih atas kesudian dan penglibatan beliau dalam program anjuran FKEE ini.

 1

2

3

4

Disediakan oleh:

Prof. Madya Dr. Siti Zarina binti Mohd Muji
Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan dan Penyelidikan
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia