Skip to main content

Laporan Program Anda PA Bombastik - 22 Ogos 2019 (Khamis)

Pada 22 Ogos 2019 yang lalu telah berlangsung Program Anda PA Bombastik, bertempat di Bilik Seminar 2, Kompleks FKEE UTHM. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Kemajuan Akademik FKEE bagi memberi pendedahan dan pencerahan kepada penasihat akademik & kerjaya (PAK) tentang bagaimana menguruskan anak-anak PAK di bawah pemantauan mereka sepanjang pengajian.
Program Anda PA Bombastik ini dilaksanakan bagi membantu PAK yang telah berpengalaman dan yang baru khususnya untuk mendapatkan pencerahan yang lebih jelas tentang tugas mereka bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan holistik serta bersahsiah.
Sehubungan itu, aktiviti program ini dirangka supaya merangkumi dua slot utama. Slot pertama adalah slot kaunseling yang disampaikan oleh Dr. Noraishah binti Daud telah membincangkan beberapa kajian kes PAK dan cara menguruskannya. Manakala slot kedua pula iaitu slot kebajikan disampaikan oleh Puan Suhailah Binti Muhammad Philip telah membincangkan cara menguruskan kebajikan pelajar serta saluran yang disediakan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM.
Secara keseluruhannya Program Anda PA Bombastik dapat dijalankan dengan jaya. Meskipun terdapat beberapa masalah dan kekurangan, program ini masih mencapai objektif yang telah disasarkan. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.

1Gambar 1: Sesi fotografi PA FKEE bersama Puan Suhailah

2
Gambar 2. Slot ceramah bersama Dr Noraishah

3Gambar 3: PAK sedang fokus mengenai topik mengenali anak PAK yang disampaikan oleh Dr. Noraishah

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Kecemerlangan Mahasiswa FKEE
Penasihat Akademik dan Kerjaya.