Skip to main content

Town Hall Siswazah FKEE – 22 Ogos 2019 (Khamis)

Town Hall Siswazah FKEE 2019 telah berlangsung pada 22 Ogos 2019 dari pukul 9am-1pm di bilik seminar blok QB FKEE. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat pasca siswazah di Jabatan Siswazah FKEE (JPPS) kepada staf akademik FKEE dan mendapat maklumbalas dari staf akademik FKEE. Ia dimulakan dengan ucapan pertama dari Prof. Madya Ir Dr. Abd Kadir Bin Mahamad selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan & Penerbitan) FKEE. Beliau telah menyentuh peranan dan tanggungjawab baru TDPP, pandangan beliau terhadap program siswazah, promosi program siswazah dan harapan pelaksanaan OBE dalam sistem.

1

2

3

Program ini bertujuan untuk memberi maklumat pasca siswazah di Jabatan Siswazah FKEE (JPPS) kepada staf akademik FKEE dan mendapat maklumbalas dari staf akademik FKEE. Ia dimulakan dengan ucapan pertama dari Prof. Madya Ir Dr. Abd Kadir Bin Mahamad selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan & Penerbitan) FKEE. Beliau telah menyentuh peranan dan tanggungjawab baru TDPP, pandangan beliau terhadap program siswazah, promosi program siswazah dan harapan pelaksanaan OBE dalam sistem.

4

Acara kemuncak disampaikan oleh penceramah jemputan, Ts. Dr. Asmarashid bin Ponniran selaku ketua jabatam (penyelidikan) Pusat Pengajian Siswazah, UTHM. Beliau menyampaikan Peraturan Akademik Siswazah, penyeliaan dan pelantikan penilai. Antara Peraturan Akademik Siswazah yang disampaikan ialah syarat kemasukan ke Sarjana dan Doktor Falsafah penyelidkan, markah minimum untuk lulus, tesis berdasarkan penerbitan, fast track dan syarat penganugerahan. Syarat kemasukan English TOEFL 500/IELTS 5.0/MUEt 3.0 telah bertukar ke syarat keluar. Manakala syarat penganugerah telah diketatkan kepada sebuah dan dua buah kertas kerja SCOPUS bagi program Sarjana penyelidikan dan Doktor Falsafah masing-masingnya. Mujurnya surat penerimaan kertas kerja SCOPUS pun memadai.

5

Ucapan terakhir disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Shamsul Aizam Bin Zulkifli selaku Ketua Program Siswazah FKEE. Beliau memperkenalkan Program Pasca Siswazah FKEE yang merangkumi Sarjana Kejuruteraan Elektirik secara kerja kursus (MEE), Sarjana Kejuruteraan Elektirik secara kerja penyelidikan (MEE) dan Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektirik (PEE). Beliau juga memperkenalkan program yang bakal ditawarkan, iaitu Master of Science IOT (MIT) pada Februari 2020 dan Master Executive IOT. Proses kerja penyelidikan yang merangkumi proposal defence, pembentangan laporan kemajuan, PREVIVA, VIVA, syarat VIVA (turnit in report < 30%, sijil proofread, dan surat penerimaan kertas kerja SCOPUS), perlantikan penyelia, penyelia bersama di JPPS serta maklumbalas yang diisi oleh staf akademik di google drive juga dijawab oleh beliau.

6

Sesi soalan jawab telah diselitkan sewaktu ucapan disampaikan. Program ini berakhir dengan penyerahan cenderahati kepada Ts. Dr. Asmarashid bin Ponniran oleh Prof. Madya Dr. Shamsul Aizam Bin Zulkifli pada 1pm.

7