Skip to main content

Bengkel Fast Tips to Publish in Academic Journals – 5 Ogos 2019 (Isnin)

Pada hari Isnin bersamaan 5 Ogos 2019, satu bengkel bertajuk Fast Tips to Publish in Academic Journals telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Muhammad Ramlee Kamaruddin. Bengkel yang diadakan selama sehari itu telah dihadiri oleh staf akademik dan pelajar pascasiswazah bukan sahaja daripada FKEE tetapi juga daripada fakulti-fakulti lain di UTHM. Penceramah telah memberikan banyak panduan yang berguna dalam menggunakan laman web Scopus dan Web of Science di samping panduan penting dalam menulis jurnal yang bermutu. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan cara bagaimana untuk menghantar jurnal dan bagaimana cara sekiranya jurnal tersebut tidak diterima. Program ini telah menarik minat peserta untuk menghantar kertas kerja ke jurnal yang bertaraf Q1 berbanding dengan sebelum ini, ramai peserta lebih berminat menghantar ke jurnal bertaraf Scopus sahaja. Semoga bengkel ini dapat menambahkan lagi jumlah penerbitan jurnal di FKEE.

1

2

3

4

5

Disediakan oleh:

Profesor Madya Dr. Siti Zarina binti Mohd Muji
Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan dan Penyelidikan
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia