Skip to main content

FKEE Sertai Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor 2019 - 3 & 4 Ogos 2019 (Sabtu & Ahad)

Program Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor telah berlangsung pada 3 hingga 4 Ogos 2019 yang lalu bertempat di Dewan Orang Ramai Parit Raja Batu Pahat Johor. Sebanyak 7 PTJ dari UTHM telah menyertai pameran tersebut. FKEE diwakili oleh 3 staf iaitu Ts. Reza Ezuan bin Samin, Dr. Hisyam bin Abdul Rahman serta En. Md Rabani bin Adnan.
Pelbagai aktiviti disediakan semasa pameran tersebut antaranya Demonstrasi Sains, Pameran Dron, Kenali Saintis dan Pameran Robotik. FKEE telah menyertai pameran bertemakan aplikasi robotik yang terdiri daripada robot empat paksi (four axis robot) serta robot halangan (obstacle robot). Robot empat paksi beroperasi melalui platform PLC manakala robot halangan melalui platform Arduino.
Semoga usaha kecil ini dapat menyuburkan kecintaan pelajar sekolah terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi memacu ekonomi negara pada masa hadapan.

1

2

3

Disediakan oleh:

Ts. Reza Ezuan bin Samin
Penyelaras STEM, JK Nilai & Kesukarelawan
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia