Skip to main content

LAWATAN PENANDA ARAS DELEGASI FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA KE FKEE UTHM - 1 JULAI 2019 (ISNIN)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), UTHM telah menerima Lawatan Penanda Aras dari Delegasi Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Julai 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Blok QA, FKEE. Delegasi tersebut adalah seramai enam orang staf akademik dan diketuai oleh Ts. Dr. Irneza binti Ismail yang merupakan Ketua Jabatan Kejuruteraan, diikuti oleh Dr. Marinah binti Othman (Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa), Dr. Mus’ab bin Sahrim (Timbalan Dekan Pelajar dan Alumni), Dr. Sharma Rao A/L Balakrishnan (Penyelaras Kualiti Kejuruteraan Elektronik, Dr. Shahnurriman bin Abdul Rahman (Penyelaras Kualiti Kejuruteraan Elektrikal) dan Ir. Dr. Khairi bin Abdul Rahim.

Semasa lawatan penanda aras tersebut, beberapa perkara berkenaan:

1. Sistem Pengurusan Kualiti atau Quality Management System (QMS);
2. Pelaksanaan Sistem Outcome Based Education (OBE);
3. Pelaksanaan Sistem Obesys;
4. Pengurusan Self Assessment Report (SAR);
5. Pelaksanaan Projek Sarjana Muda (PSM);
6. Pelaksanaan Projek Capstone;
7. Pelaksanaan Latihan Industri (LI);
8. Pelaksanaan Program Mobiliti; dan
9. Pelaksanaan Kursus Engineer & Society

telah dikongsi dan dibincangkan bersama kedua-dua belah pihak. Dapatan daripada program lawatan tersebut akan digunakan untuk menambahbaik dan memantapkan lagi program akademik prasiswazah di FKEE khasnya, yang baru mendapat kelulusan akreditasi daripada Engineering Accreditation Council (EAC), Board of Engineers Malaysia (BEM) selama 6 tahun bermula dari tahun 2019 hingga 2024.

1

2

3

4

5

Disediakan oleh:

Dr. Jais bin Lias
Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia