Skip to main content

Kuliah Industri: Understanding PV Basics and Real World Practice

FKEEevents | 2.1.2026 | Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah berjaya melaksanakan program Kuliah Industri pada 2 Januari 2026 yang dikendalikan oleh Dr. Suriana binti Salimin selaku pengarah program. Kuliah yang bertajuk Understanding PV Basics and Real World Practice telah disampaikan oleh En. Mohd Syahmi bin Joni, Chief Operating Officer (COO) Suria dan Sonne Sdn. Bhd., dengan dibantu oleh En. Syafiq bin Sasli, Operation Manager Suria dan Sonne Sdn. Bhd. Program ini disertai oleh pelajar-pelajar dari kursus PV Systems dan juga Energy Literacy serta turut dihadiri oleh beberapa orang staf dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKEK).

Para peserta telah didedahkan kepada pelbagai topik berkaitan sistem fotovolta (PV) yang merangkumi asas sistem PV, kitaran hayat tipikal projek PV, aspek keselamatan dan pematuhan piawaian industri, isu-isu lazim yang sering dihadapi di tapak pemasangan, serta laluan kerjaya dalam industri tenaga solar PV. Perkongsian berasaskan pengalaman sebenar industri ini telah membantu peserta memahami dengan lebih jelas aplikasi teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah kepada situasi sebenar di lapangan.

Melalui penganjuran program ini, para peserta memperoleh manfaat yang signifikan khususnya dalam meningkatkan kefahaman terhadap amalan terbaik industri, kesedaran terhadap aspek keselamatan dan standard kerja, serta pendedahan awal kepada cabaran dan keperluan sebenar industri tenaga boleh baharu. Program ini juga berupaya merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan industri, di samping memberi gambaran jelas mengenai peluang dan hala tuju kerjaya dalam bidang solar PV.

Secara keseluruhannya, Program Kuliah Industri ini berjaya memberikan input industri yang bernilai kepada pelajar dan warga fakulti. Program seumpama ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak akademia dan industri, malah turut menyumbang kepada usaha melahirkan graduan yang lebih bersedia, berpengetahuan dan kompeten selaras dengan keperluan semasa industri tenaga lestari.

#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika

#UTHMJohor
#UTHMproducesProfessional

 

KuliahIndustri 1

 
KuliahIndustri 2.jpeg


KuliahIndustri 3.jpeg


KuliahIndustri 4.jpeg


KuliahIndustri 5.jpg


KuliahIndustri 6.jpeg


KuliahIndustri 7.jpeg


KuliahIndustri 8.jpeg


KuliahIndustri 9.jpeg