Sesi perkongsian ilmu bertajuk "Strategies for Enhancing Student Engagement and Active Participation in Learning Process"
FKEEevents | 15 Ogos 2023 | Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran FKEE telah menganjurkan satu sesi perkongsian ilmu pada 15 Ogos 2023 bertajuk "Strategies for Enhancing Student Engagement and Active Participation in Learning Process". Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini dari 2.30pm hingga 4.30pm tersebut telah disampaikan oleh Prof Madya Ts. Dr. Yee Mei Heong daripada Jabatan Ikhtisas Pendidikan dan Siswazah, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV), UTHM. Sesi perkongsian ilmu ini telah dihadiri oleh staf FKEE dan juga daripada PTJ lain. Di dalam sesi perkongsian ilmu tersebut, Prof Madya Ts. Dr. Yee Mei Heong telah berkongsi berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar di dalam sesi pembelajaran, dan juga strategi-strategi yang boleh dilaksanakan bagi menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif di dalam sesi pembelajaran.
#FKEEUTHM
#UTHM30tahun
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesprofessionals