Bengkel Pemurnian Modul Makmal Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (BEV)
FKEEevents | 13 Ogos 2023 | Bengkel Pemurnian Modul Makmal Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (BEV) Department of Electrical Engineering - JKEK FKEE UTHM telah berlangsung pada 13/8/2023 (Ahad) bertempat di Bilik Seminar QB, FKEE.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memastikan kesemua modul makmal yang digunakan dalam Program BEV adalah terkini dan relevan dengan perkembangan semasa dalam bidang kejuruteraan elektrik, berdasarkan kepada maklum balas daripada pensyarah, penolong jurutera, dan penasihat industri yang terlibat dalam program ini.
Bengkel dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa FKEE, Prof. Madya Dr. Lukman Hanif Bin Muhammad Audah. Kemudian, bengkel disambung dengan taklimat bengkel yang disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Mohd Noor bin Abdullah, selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta, terutamanya pensyarah, penolong jurutera, dan penasihat industri yang telah menyumbangkan maklum balas dan pandangan berharga.
Sumbangan ini adalah penting dalam usaha untuk memperkasakan Program BEV demi melahirkan graduan yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran industri masa kini.
#FKEEUTHM
#UTHM30tahun
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesprofessionals