Bengkel Pembangunan DE2 Board Anjuran Jabatan Pengurusan Makmal & Aset FKEE - 6 & 7 Ogos 2019 (Selasa & Rabu)
NAMA PROGRAM : BENGKEL PEMBANGUNAN DE2 BOARD
1.0 MAKLUMAT PROGRAM
1.1 Program ini telah berlangsung seperti butiran berikut:
Tarikh: 6 & 7 Ogos 2019
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Makmal Prototaip Pantas, UTHM
1.2 Kursus selama 2 hari yang dijalankan ini disertai oleh 10 orang staf daripada JPMA,FKEE yang terdiri daripada pengajar dan penolong jurutera.
1.3 Kursus yang dijalankan adalah berkenaan pembangunan DE2 Board dan penggunaan perisian Quartus.
1.4 Pengisian selama 2 hari bengkel dijalankan adalah pengenalan secara teori mengenai rekabentuk digital, teknologi FPGA, pengenalan kepada perisian Quartus, penerangan tentang DE2 Board dan seterusnya adalah hands-on menggunakan perisian Quartus dan juga DE2 Board.
2.0 MATLAMAT PROGRAM
2.1 Objektif program adalah seperti berikut:
i. Memberi pendedahan kepada staf di Jabatan Pengurusan Makmal & Aset yang terdiri daripada jurutera pengajar dan juga penolong jurutera mengenai penggunaan DE2 Board dan perisian Quartus.
ii. Mendorong lebih ramai staf di Jabatan Pengurusan Makmal mahir dalam pembangunan DE2 Board yang dapat membantu pelajar di dalam makmal semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan juga penyelidik
3.0 LAPORAN PROGRAM
3.1 Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pengajar dan penolong jurutera telah menghadiri kursus selama 2 hari ini yang dijalankan di Makmal Prototaip Pantas, FKEE, UTHM.
3.2 Penceramah/Fasilitator adalah En. Hazwaj Bin Mhd Poad yang merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektronik, FKEE, UTHM seorang yang berpengalaman dalam pembangunan FPGA.
3.3 Peruntukan kewangan adalah menggunakan peruntukan FKEE bernilai RM308 untuk tujuan jamuan makan.
3.5 Gambar-gambar berkaitan bengkel tersebut adalah seperti di Lampiran A.
3.6 Peserta kursus adalah seperti di Lampiran B.
3.7 Aturcara program seperti di Lampiran C.
4.0 IMPAK PROGRAM
Impak program adalah seperti berikut:
4.1 Bengkel ini telah berjaya memberikan satu kemahiran baru kepada semua peserta tentang penggunaan DE2 board dan juga perisian Quartus.
4.2 Peserta lebih yakin untuk membantu pelajar-pelajar menggunakan DE2 board dan perisian Quartus dalam pembangunan projek yang dilaksanakan.
5.0 PENUTUP
Program yang dijalankan telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program perkongsian ilmu dan kursus peningkatan kemahiran sebegini akan dirancangkan pada masa akan datang untuk menambahkan kemahiran teknikal staf di JPMA bagi membolehkan kemahiran tersebut disalurkan kepada mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan berkaitan ketika di makmal.
Disediakan oleh:
Ts.Wan Nur Hafsha Bt Wan Kairuddin
Penolong Pengurus Kluster Komputer,
Jabatan Pengurusan Makmal & Aset,
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Tarikh: 08/08/2019
Lampiran A
Lampiran B
SENARAI PESERTA
Bengkel Pembangunan DE2 Board
6 & & Ogos 2019
PENCERAMAH: En. Hazwaj Bin Mhd Poad
PESERTA:
- Ts. Wan Nur Hafsha Bt Wan Kairuddin
- Pn. Nafizah Bt Salleh
- En. Ayoub Bin Kasno
- En. Md Hapic Bin Mohamad
- En. Mohd Zaki Bin Zakaria
- Pn. Nurul Aqla Bt Abdul Razak
- En K.Kovalan A/L Kanawathi
- En. Sahalan Bin Yasin
- En. Ramlan Bin Ralim @ Atan
- Pn. Nurain Bin Azizul
Lampiran C
Tentatif Program
Bengkel Pembangunan DE2 Board
6 & 7 Ogos 2019
Lokasi : Makmal Prototaip Pantas
- Hits: 919