Gotong-royong Perdana FKEE Merapat Ukhwah - 1 Ogos 2019 (Khamis)

 

Gotong-royong Perdana kali kedua dalam tahun 2019 ini telah diadakan pada 1 Ogos 2019 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Gotong royong ini telah disertai oleh pelbagai peringkat staff FKEE dan juga pelajar. Antara objektif utama gotong royong ini diadakan adalah bagi memastikan bilik dan ruang yang terdapat di FKEE dapat digunakan dengan sebaik mungkin melalui pemindahan dan penyusunan semula kemudahan yang terdapat di FKEE dan mewujudkan kegiatan aktif bagi memastikan tahap kesihatan staff FKEE berada dalam keadaan baik dan sihat di samping mengeratkan jurang perbezaan pangkat.

Antara kerja-kerja yang telah dilakukan adalah seperti berikut:

  1. Kemaskini susun atur di makmal dan bilik tutorial yang berkenaan
  2. Pemindahan penempatan pelajar pascasiswazah
  3. Pemindahan peralatan/barangan yang tidak diperlukan ke bilik penempatan sementara

Pihak jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff dan pelajar FKEE atas penglibatan dalam aktiviti gotong-royong ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi manfaat bersama.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Disediakan oleh:

Pn. Zubaidah binti Mohd Yusoff
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, Fasiliti dan Keceriaan
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia