Lawatan kerja UniKL British Malaysian Institute (BMI) ke UTHM
UTHMevents | 9 Mac 2023 | Lawatan kerja oleh pihak UniKL British Malaysian Institute (BMI) ke UTHM telah berlangsung di Makmal Sena Traffic System, Blok QA, FKEE. Lawatan kerja ini telah disertai seramai 7 orang pensyarah dari UniKL BMI dan telah disambut oleh 9 orang staf FKEE.
Pengisian lawatan kerja ini melibatkan perbincangan antara kedua-dua pihak yang merangkumi kerjasama dalam penyelidikan, penerbitan, dan pembangunan staf. Selain itu, pihak UniKL BMI telah mengadakan lawatan ke beberapa makmal FKEE seperti makmal Telekomunikasi, makmal Instrumentasi Perubatan dan juga Microelectronics & Nanotechnology - Shamsuddin Research Centre (MiNT-SRC).
#UTHMnetworks
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesprofessionals
- Hits: 21