Kunjungan FKEE ke MIMOS BERHAD
01 Mac 2023| Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektrik (FKEE) telah membuat kunjungan ke MIMOS BERHAD, Kuala Lumpur bagi tujuan perbincangan kerjasama selaras dengan MOU yang telah dimeterai pada 1 November 2022. Sesi perbincangan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga 3:00 petang, dan disertai oleh Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Ketua Jabatan di Jabatan Kejuruteraan Elektronik, penyelaras dan ahli-ahli MOU.
Antara intipati perbincangan adalah berkaitan program peningkatan kemahiran di kalangan staf MIMOS BERHAD melalui Program Master@industry atau Phd@industry serta kursus pendek yang dikendalikan oleh pihak FKEE UTHM dan peluang kolaborasi dalam projek penyelidikan di antara kedua-dua pihak melalui penglibatan staf UTHM selaku penyelidik Bersama. Selain itu, MIMOS membuka peluang untuk penempatan pelajar di MIMOS melalui program latihan industri dan program sangkutan industri bagi staf UTHM di MIMOS, terutama bagi memenuhi keperluan Professional Engineer (PEng). Perbincangan juga berkisar tentang perancangan aktiviti yang melibatkan peningkatan kemahiran insaniah serta perancangan kerjaya untuk pelajar UTHM yang boleh dikongsikan oleh pihak MIMOS BERHAD.
Di samping itu, sesi lawatan ke Makmal Wafer Fabrication, Makmal Failure Analysis, Makmal Material Analysis, Makmal NDT and Electrical Analysis, Makmal Test and Reliability, dan Makmal 3D Smart Maker turut diadakan. Pelbagai informasi telah dikongsikan oleh pihak MIMOS Berhad dan ini dapat mengukuhkan perancangan pihak FKEE UTHM dalam merangka pelbagai aktiviti yang signifikan dan bersesuaian dengan matlamat MOU. Diharap dengan kerjasama yang terjalin ini, matlamat MOU dapat dicapai dan memberikan impak yang tinggi kepada pihak UTHM dan MIMOS Berhad.
Akhir kata, FKEE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MIMOS Berhad atas kesudian menerima kunjungan dari pihak FKEE UTHM.
#FKEEUTHM
#EVREC
#GTU2030
#UTHMJohor
- Hits: 21