Program Lawatan Pemeriksa Luar FKEE 2022

Program Lawatan Pemeriksa Luar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) bagi tahun 2022 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 hingga 15 Nov 2022 (Isnin dan Selasa). Lawatan Pemeriksa Luar ini dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian (BEJ) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian (BEV). Fakulti telah menerima kunjungan daripada Pemeriksa Luar bagi kedua-dua program BEJ dan BEV iaitu Profesor Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin bin Ab Kadir (Universiti Putra Malaysia, Serdang) dan Profesor Ir. Dr. Wong Hin Yong (Multimedia University, Cyberjaya).

Program ini telah berlangsung selama dua hari bermula jam 9:00 pagi - 5:00 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat blok QA, FKEE dan ruang-ruang berkaitan aktiviti akademik FKEE. Menerusi program tersebut, pemeriksa luar dapat memantau perkembangan dan pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) bagi program BEJ dan BEV, serta membuat semakan proses dan kualiti pelaksanaan PnP termasuk Projek Sarjana Muda, Latihan Industri dan projek IDP. Selain itu, lawatan ke ruang makmal FKEE juga dijalankan untuk membuat penilaian kerja-kerja amali/akademik yang dilaksanakan. Antara aktiviti lain ialah sesi temubual oleh Pemeriksa Luar bersama staf akademik dan pelajar FKEE untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerjaya, hal akademik dan aktiviti kokurikulum pelajar.

Maklumbalas dan cadangan penambahbaikan yang diberikan oleh Pemeriksa Luar pasti memberi peningkatkan kualiti PnP dan kualiti perkhidmatan di kalangan staf berdasarkan piawaian yang ditetapkan.

Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana program yang diketuai oleh Dr. Warsuzarina Binti Mat Jubadi. Terima kasih kepada semua warga FKEE serta para pelajar yang memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Sekian, terima kasih.

#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesProfessionals
Program Lawatan Pemeriksa Luar 5         Program Lawatan Pemeriksa Luar 4
Program Lawatan Pemeriksa Luar 6      Program Lawatan Pemeriksa Luar 7

Program_Lawatan_Pemeriksa_Luar_2.jpg

       

  • Hits: 27

Quick Links

For any inquiries, please contact us at:

Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-4564505
Fax: +607-453 6337
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

© Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ® 2019. All Rights Reserved. This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Best viewed with any modern web browsers (for Internet Explorer, version 10 or newer) with resolution of 1280x1024.