FKEE Webinar: Impact of COVID-19 on Healthcare Technology and Engineering

Panel Bidang Kejuruteraan Elektronik Perubatan, Jabatan Kejuruteraan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), UTHM telah menganjurkan satu program FKEE Webinar yang bertajuk "Impact of COVID-19 on Healthcare Technology and Engineering" pada 6 November 2022 (AHAD) bermula jam 9.30 pagi - 11.30 pagi. Sesi webinar telah berlangsung melalui aplikasi ZOOM MEETING dan telah disampaikan oleh Ir. Shamila Ariaratnam dari Armamentarium Consulting Sdn Bhd. Seramai 97 orang peserta terdiri daripada pelajar dan staf dalam dan luar UTHM telah menghadiri sesi berkenaan.

Beberapa isu terkini berkenaan teknologi dan kejuruteraan di dalam bidang bio-perubatan dan industri kesihatan di Malaysia telah dikupas dan dikongsikan oleh Ir. Shamila. Selain itu, beliau turut membincangkan isu-isu dan persoalan yang diutarakan oleh para peserta seperti cabaran dalam bidang elektronik perubatan di Malaysia, peluang kerjaya dalam bidang elektronik perubatan, serta persediaan para pelajar sebelum melangkah ke alam kerjaya.

FKEE amat berbesar hati dan menghargai komitmen yang diberikan oleh penceramah dan setiap peserta yang hadir ke program tersebut. Semoga ilmu yang disampaikan akan memberi manfaat kepada semua peserta.

Pautan ke YouTube bagi sesi rakaman webinar: https://youtu.be/hq8okXtP_9s

     Webinar1

Webinar2   Webinar3.jpg



       

  • Hits: 59

Quick Links

For any inquiries, please contact us at:

Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-4564505
Fax: +607-453 6337
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

© Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ® 2019. All Rights Reserved. This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Best viewed with any modern web browsers (for Internet Explorer, version 10 or newer) with resolution of 1280x1024.