Lawatan Kerja ke Collaborative Microelectronic Design Excellence Centre (CEDEC), Sains@USM

Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) UTHM telah mengadakan lawatan kerja ke Collaborative Microelectronic Design Excellence Centre (CEDEC), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 18/10/2022 - 19/10/2022 yang lepas. Lawatan kerja tersebut telah disertai oleh 3 orang penyelidik FKEE dan seorang penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) iaitu Dr. Intan Sue Liana Abdul Hamid, Dr. Nurmiza Othman, Ts. Dr. Nurfarina Zainal, dan Dr. Hasliza Hassan.

Staf yang terlibat telah menghadiri bengkel “National workshop on VLSI Devices, Circuits and Sensor Technology” yang telah dianjurkan oleh CEDEC dan IEEE Malaysia Sensors and Nanotechnology, Malaysia Joint Chapter. Melalui sesi bengkel yang berlangsung, peserta telah diberi pendedahan mengenai penyelidikan semasa dan terkini di CEDEC, dan beberapa industri utama di Malaysia iaitu Silterra dan SkyeChip Sdn Bhd. Selain itu, peserta turut berpeluang untuk melawat makmal dan melihat fasiliti di Sains@USM seperti makmal “Lab On A Chip and Printable Electronics” dan “Institute of Nano Optoelectronics Research and Technology (INOR)”. Perkongsian maklumat berkenaan fasiliti ini dapat membuka ruang guna-sama peralatan penyelidikan di antara FKEE UTHM dan CEDEC.

Pihak FKEE UTHM juga amat berbesar hati kerana dapat membuat perbincangan secara bersemuka bersama Prof. Madya. Dr. Asrulnizam Abd Manaf selaku Pengarah CEDEC, berkenaan isu-isu melibatkan program bidang Elektronik yang bersesuaian dengan permintaan industri terkini, serta potensi kerjasama antara FKEE dan CEDEC pada masa akan datang dalam bidang penyelidikan.

     CEDEC2.jpg

CEDEC3.jpg       
CEDEC1

  • Hits: 53

Quick Links

For any inquiries, please contact us at:

Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-4564505
Fax: +607-453 6337
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

© Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ® 2019. All Rights Reserved. This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Best viewed with any modern web browsers (for Internet Explorer, version 10 or newer) with resolution of 1280x1024.