Skip to main content

Program Mobiliti Latihan Industri Antarabangsa Ke University of Toyama Dan Tateyama Kagaku Group, Jepun

FKEEevents | 13.07.2026 | Program Mobiliti Latihan Industri Antarabangsa ke University of Toyama dan Tateyama Kagaku Group, Jepun telah bermula pada 13 Julai 2026 dan akan berlangsung sehingga 18 September 2026. Program ini merupakan salah satu inisiatif Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam memperkukuh agenda pengantarabangsaan melalui kerjasama strategik bersama institusi akademik dan industri di Jepun.

Program ini melibatkan tiga (3) orang pelajar FKEE iaitu Abigail Su Kwong Rou, Benedict P’ng Zi Hao dan Muhammad Imran bin Zahari. Delegasi ini diiringi oleh Prof. Madya Ir. Dr. Nabilah Ibrahim yang bertindak sebagai pegawai pengiring dan penyelaras program, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program serta memperkukuhkan hubungan kerjasama antara institusi yang terlibat. Sepanjang program, para pelajar menjalani latihan akademik dan penyelidikan di University of Toyama serta latihan industri di Tateyama Kagaku Group. Program ini memberi pendedahan kepada peserta terhadap teknologi terkini, amalan penyelidikan dan budaya kerja profesional di Jepun, sekali gus meningkatkan kompetensi serta pengalaman antarabangsa mereka.

Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Profesor Dr. Hideyuki Hasegawa dari University of Toyama atas komitmen dan penglibatan beliau dalam menyelaras serta memastikan kelancaran pelaksanaan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada pihak Tateyama Kagaku Group atas kerjasama dan kesediaan menerima pelajar FKEE menjalani latihan industri. Program ini diharapkan dapat terus memperkukuhkan hubungan strategik antara UTHM, University of Toyama dan Tateyama Kagaku Group serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan modal insan pada masa hadapan.

#FKEEUTHM
#FokusKualitiEndahEtika
#UTHMJohor
#UTHMproducesProfessional

 

mobiliti Latihan Industri Antarabangsa Jepun 4

mobiliti Latihan Industri Antarabangsa Jepun 1

mobiliti Latihan Industri Antarabangsa Jepun 2


mobiliti Latihan Industri Antarabangsa Jepun 3

mobiliti Latihan Industri Antarabangsa Jepun 5


mobiliti Latihan Industri Antarabangsa Jepun 6