Skip to main content

FKEE UTHM Perkukuh Kerjasama Antarabangsa Di Pekanbaru, Indonesia

FKEEevents | 27.4.2026 | Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus memperkukuh jaringan pengantarabangsaan melalui lawatan akademik ke Politeknik Caltex Riau (PCR), Indonesia pada 27 April 2026.

Delegasi UTHM yang diketuai oleh Dekan FKEE, Prof. Ts. Dr. Asmarashid bin Ponniran, telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pengarah PCR, Dr. Dadang Syarif Sihabudin Sahid, dengan memberi tumpuan kepada penyeliaan pelajar Doktor Falsafah (PhD) dalam kalangan staf akademik PCR yang sedang melanjutkan pengajian di UTHM.

Lawatan ini memfokuskan kepada pemantauan kemajuan pelajar serta perancangan strategik bagi memastikan pencapaian sasaran Graduate on Time (GoT). Pendekatan penyeliaan secara bersemuka turut membantu dalam penyelarasan yang lebih berkesan antara penyelia dan pelajar.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan peluang kerjasama melibatkan mobiliti pelajar dan staf akademik, penyelidikan bersama serta penerbitan ilmiah berimpak tinggi. Delegasi FKEE juga berkongsi kepakaran bersama warga akademik dan pelajar PCR melalui sesi perkongsian ilmu dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Lawatan diteruskan ke Universitas Riau (UNRI) bagi memperluas kolaborasi akademik merangkumi program Sarjana Muda, Pascasiswazah dan Doktor Falsafah. Dalam pertemuan bersama pihak UNRI yang diketuai oleh Dekan Fakultas Teknik, Prof. Dr. Ahmad Fadli, kedua-dua institusi telah membincangkan potensi pelaksanaan kerjasama melibatkan pengajaran bersama, penyeliaan bersama serta pembangunan program dual degree, di samping membuka peluang kepada staf akademik UNRI untuk melanjutkan pengajian PhD di UTHM.

FKEE UTHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Politeknik Caltex Riau (PCR) dan Universitas Riau (UNRI) atas sambutan serta kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini berlangsung.

#FKEEUTHM
#UTHMGlobal
#InternationalCollaboration
#GoTPhD

 

PCR0


PCR1


PCR2


PCR3

PCR4


PCR5


PCR6


PCR7


PCR8


PCR9


PCR10


PCR11


PCR12


PCR13


UNRI1


UNRI2


UNRI3


UNRI4


UNRI5


UNRI6