WARAS NEWS
 
WARAS NEWS

WARAS anjur Hari Terbuka dekati warga universiti        
Pusat Wayarles dan Sains Radio (WARAS), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Hari Terbuka WARAS pada 9 April 2017 yang lalu. WARAS merupakan Pusat Penyelidikan (CoR) di FKEE yang menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan kejuruteraan komunikasi secara umum. read more

Pusat Waras terima undangan kolaborasi penyelidikan bersama IST
Pusat Wayarles dan Sains Radio (WARAS) Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima undangan daripada Institute of Space Technology (IST), Islamabad untuk mengadakan kerjasama dalam penganjuran kursus dan perundingan profesional. read more

Penyelidik WARAS terima Penghargaan UTHM
Felo penyelidik Pusat Wayarles  dan Sains Radio (WARAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima pengiktirafan daripada pihak universiti menerusi Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi 2014 dan Anugerah Penerbitan Universiti 2014 hasil penglibatan aktif dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi sepanjang tahun 2012 dan 2013.read more

WARAS UTHM Terima Profesor Pelawat Dari Ekaterinburg Russia - portal rasmi UTHM
Pusat Wayarles dan Sains Radio (WARAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima lawatan daripada Timbalan Pengarah Institute of Radioelectronics and Information Technologies (IRIT), Ural Federal Universiti, Russia; Professor Dr. Shabunin Sergey pada 12 Februari lalu. read more

WARAS UTHM Raih Anugerah Khas di SIIF 2013 Korea Selatan - portal rasmi UTHM
Pusat Wayarles dan Sains Radio (WARAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai pertandingan inovasi di Seoul International Invention Fair (SIIF 2013) yang diadakan di COEX Hall, Gangnam Gu, Seoul pada  29 Disember 2013. read more

UTHM Raih19 Pingat dalam PECIPTA 2013 - portal rasmi UTHM
Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi tiga pingat emas, tujuh pingat perak dan sembilan pingat gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajiaan Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013) yang berlangsung pada 07 hingga 09 November  lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). read more

Memorandum Persefahaman antara UTHM bersama IST, Islamabad-portal rasmi UTHM
30 Ogos 2013- Satu majlis khas menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan Institute of Space Technology (IST), Islamabad, Pakistan telah dianjurkan dengan gemilangnya , bertempat di Dewan Jamuan Perpustakaan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM. read more

Penyelidik UTHM cemerlang di ITEX’ 2013 -portal rasmi UTHM
Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi 16 pingat Emas, 8 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan sempena 24th International Invention, Innovation, and Technology Exhibition 2013 (ITEX'13) yang berlangsung pada 09 hingga 11 Mei 2013 lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).read more

UTHM Hargai Staf Aktif Dalam Penulisan Jurnal - portal rasmi UTHM 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Penghargaan Penulis UTHM dalam usaha menghargai penulis-penulis yang aktif menulis jurnal yang diindeks dalam Pangkalan Data Scopus. read more

MTE 2013 serlah keupayaan penyelidik UTHM - portal rasmi UTHM - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)–Kegemilangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam menerajui aktiviti penyelidikan dan inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan terbukti apabila produk hasil penyelidikan dan inovasi UTHM yang dipertandingkan dalam 12thMalaysia Invention and Innovation Awards sempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2013 berjaya meraih 3 pingat Perak dan 7 pingat Gangsa. read more

UTHM raih pingat emas - Utusan Malaysia

UTHM raih anugerah khas, tiga pingat emas - KOSMO

Latest update : 11 Jan 2017 / 10.51 a.m.
Official Web Portal Of
WIRELESS AND RADIO SCIENCE CENTRE
NEWS
 
© Wireless and Radio Science Centre 2014. All Rights Reserved.
This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.
This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.