• Quick Access

Monthly Archives: February 2017

  • -
fkee2017

Selamat Datang Warga Baharu FKEE

Category : News

FKEE sangat gembira menerima pelajar baharu seramai 92 orang ambilan Semester II Sesi 2016/2017 untuk dua (2) program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrionik dengan Kepujian. Kemasukan kumpulan pelajar ini yang juga semuanya merupakan lepasan Diploma diharapkan dapat menjadikan diri mereka terus cemerlang dan bersama-sama mengurus FKEE dengan berkesan.

Dalam sesi Taklimat Fakulti yang berlangsung pada 7 Februari 2017, pelbagai info diberikan bagi membolehkan semua para pelajar bersedia fizikal dan mental untuk meneruskan pengajian yang lebih mencabar. YBrs Dekan sendiri dalam amanatnya menekankan kesediaan para pelajar baharu untuk melakukan perubahan, kerana transformasi adalah asas kecemerlangan. Selamat maju jaya, “Transformasi Anda Bermula Di Sini, FKEE UTHM”!