Program SUSILA@FKEE: Modul Fokus
FKEEevents | 02 November 2023 | Program SUSILA@FKEE diteruskan lagi dengan Modul Fokus di mana Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Akademik FKEE, Prof. Madya Ir. Dr. Nur Hanis binti Mohammad Radzi telah menyampaikan perkongsian kepada para pelajar baharu FKEE, kemasukan semester 1 sesi 2023/24.
Dalam perkongsian ini, Dr. Nur Hanis telah menyentuh tentang perlunya para pelajar bersyukur atas peluang yang diberikan untuk menimba ilmu pengetahuan di menara gading dan fokus kepada niat sebenar dalam menuntut ilmu. Turut disentuh adalah sahsiah berpakaian dan batas-batas pergaulan pelajar.
Perkongsian ini telah disampaikan dalam program “Sembang Santai bersama Pengurusan Tertinggi FKEE dan KKE”, pada 02 Novermber 2023. Seramai 40 orang pelajar baharu kemasukan 2023/24 telah hadir dalam program ini. Terdahulu, seminar berjudul “Student Agency & Learning Time: Tools & Mechanism” telah dilaksanakan pada 19 Oktober 2023 (Minggu ke-2) sebagai aktiviti pertama di bawah program SUSILA@FKEE: Modul Kualiti.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah, AJK Pelaksana, para peserta dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam program ini.
Jawatankuasa Pelaksana SUSILA@FKEE: Modul Fokus (02.11.23)
Penyelaras Program: Prof. Madya Ir. Dr. Siti Zarina binti Mohd Muji
Setiausaha: Dr. Tasiransurini binti Ab Rahman
JK Pengisian Modul Fokus:
Prof. Madya Ir. Dr. Siti Zarina binti Mohd Muji (K)
Prof. Madya Dr. Marlia binti Morsin
Dr. Tasiransurini binti Ab Rahman
Pn. Zarina binti Tukiran
#SUSILA@FKEEUTHM
#FKEEUTHM
#UTHM30tahun
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesprofessionals
- Hits: 59