Seminar "Student Agency & Learning Time: Tools & Mechanism" dalam program SUSILA@FKEE· Modul Kualiti
FKEEevents | 19 Oktober 2023 | Seminar berjudul "Student Agency & Learning Time: Tools & Mechanism" telah dilaksanakan kepada pelajarpelajar baharu kemasukan semester 1 sesi 2023/24. Seminar ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program Subur Sahsiah Mulia (SUSILA@FKEE).
Seminar yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Afandi bin Ahmad ini dimulai dengan aktiviti Slido untuk mengetahui perasaan para pelajar selama dua minggu berada di universiti dan mengetahui perancangan para pelajar untuk menghadapi cabaran di universiti.
Dalam seminar ini, Dr. Afandi telah mengupas tentang Tools & Mechanism: learner character, motives for learning, learning styles & experience, professional competency; competency check list; what students should do; stages of autonomy; anatomy of a future-proof graduates; benchmarking: top 10 skills of 2025; student agency - autonomy responsibility; dan student learning time.
Aktiviti "outline your action plan for increasing your anatomy during your first semester at university"' turut dijalankan. Program diakhiri dengan menjawab maklumbalas pengukuran SUSILA@FKEE: Modul Kualiti dan sesi bergambar. Seramai 84 orang pelajar baharu telah hadir dalam seminar ini.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah, AJK Pelaksana, para peserta dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam program ini.
Jawatankuasa Pelaksana SUSILA@FKEE: Modul Kualiti (19.10.23)
Pengarah Program: Puan Zarina binti Tukiran
Setiausaha I: Dr. Tasiransurini binti Ab Rahman
Setiausaha II: Puan Nurulhuda binti Ismail
Biro Publisiti: Puan Munirah binti Ab Rahman
Biro Pengisian: Prof. Madya Dr. Afandi bin Ahmad
Biro Protokol: Ts. Dr. Shamsul bin Mohamad
Biro Pendaftaran: Ts. Dr. Suhaila binti Sari
Biro Teknikal:
Puan Siti Ruslina binti Mohamad Rusli
Encik Uzli bin Yusof
Encik K. Kovalan a/I Kanawathi
Biro Jamuan:
Prof. Madya Dr. Marlia binti Morsin
Ir. Dr. Farhanahani binti Mahmud
#SUSILA@FKEEUTHM
#FKEEUTHM
#UTHM30tahun
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesprofessionals
- Hits: 98