Skip to main content

Program: KPT-PACE; MAD Certified Augmented Reality Developers - Associate

FKEEevents | 14 - 18 Ogos 2023 | 

Program latihan dan pensijilan MAD Certified Augmented Reality Developers – Associate telah berlangsung dengan jayanya pada 14 hingga 18 Ogos 2023 secara atas talian (Zoom Platform). Program ini ditaja sepenuhnya dibawah Penjana Kementerian Pengajian Tinggi – Pensijilan Profesional (KPT-PACE).

Program anjuran Jawatankuasa Kebolehpasaran Graduan (GE), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), melibatkan 55 pelajar dari berbagai universiti awam; UTHM (48), UPM (4), UIA (1), UiTM (1), dan UKM (1). Program 5 hari ini terbahagi kepada (1) latihan berkaitan pemodelan 2D/3D augmented reality, menggunakan Unity3d dan Blender, dan (2) peperiksaan pensijilan Mobile App Developers Association (MAD). Modul yang digunakan telah direka khusus untuk memenuhi tahap permintaan industri bagi meningkatkan daya kebolehpasaran graduan.

#FKEEUTHM
#UTHM30tahun
#UTHMJohor
#GTU2030
#UTHMproducesprofessionals

 

  • Hits: 120