Bengkel Pembangunan DE2 Board Anjuran Jabatan Pengurusan Makmal & Aset FKEE - 6 & 7 Ogos 2019 (Selasa & Rabu)

NAMA PROGRAM    :          BENGKEL PEMBANGUNAN DE2 BOARD

1.0      MAKLUMAT PROGRAM

1.1      Program ini telah berlangsung seperti butiran berikut:

Tarikh:                      6 & 7 Ogos 2019

Masa:                        8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat:                    Makmal Prototaip Pantas, UTHM

1.2      Kursus  selama  2  hari  yang  dijalankan  ini  disertai  oleh  10  orang  staf daripada JPMA,FKEE yang terdiri daripada pengajar dan penolong jurutera.

1.3      Kursus yang dijalankan adalah berkenaan pembangunan DE2 Board dan penggunaan perisian Quartus.

1.4      Pengisian selama 2 hari bengkel dijalankan adalah pengenalan secara teori mengenai rekabentuk digital, teknologi FPGA, pengenalan kepada perisian Quartus, penerangan tentang DE2 Board dan seterusnya adalah hands-on menggunakan perisian Quartus dan juga DE2 Board.

2.0      MATLAMAT PROGRAM

2.1      Objektif program adalah seperti berikut:

i.      Memberi pendedahan kepada staf di Jabatan Pengurusan Makmal & Aset yang terdiri daripada jurutera pengajar dan  juga penolong jurutera mengenai penggunaan DE2 Board dan perisian Quartus.

ii.      Mendorong lebih ramai staf di Jabatan Pengurusan Makmal mahir dalam pembangunan DE2 Board yang dapat membantu pelajar di dalam makmal semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan juga penyelidik

3.0      LAPORAN PROGRAM

3.1      Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pengajar dan penolong jurutera telah menghadiri kursus selama 2 hari ini yang dijalankan di Makmal Prototaip Pantas, FKEE, UTHM.

3.2     Penceramah/Fasilitator   adalah   En.   Hazwaj   Bin   Mhd   Poad   yang merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektronik, FKEE, UTHM seorang yang berpengalaman dalam pembangunan FPGA.

3.3      Peruntukan kewangan adalah menggunakan peruntukan FKEE bernilai RM308 untuk tujuan jamuan makan.

3.5      Gambar-gambar berkaitan bengkel tersebut adalah seperti di Lampiran A.

3.6      Peserta kursus adalah seperti di Lampiran B.

3.7      Aturcara program seperti di Lampiran C.

4.0      IMPAK PROGRAM

Impak program adalah seperti berikut:

4.1      Bengkel  ini  telah  berjaya  memberikan  satu  kemahiran  baru  kepada semua peserta tentang penggunaan DE2 board dan juga perisian Quartus.

4.2      Peserta lebih yakin untuk membantu pelajar-pelajar menggunakan DE2 board dan perisian Quartus dalam pembangunan projek yang dilaksanakan.

5.0      PENUTUP

Program yang dijalankan telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program perkongsian ilmu dan kursus peningkatan kemahiran sebegini akan dirancangkan  pada  masa  akan  datang  untuk  menambahkan  kemahiran teknikal staf di JPMA bagi membolehkan kemahiran tersebut disalurkan kepada mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan berkaitan ketika di makmal.

Disediakan oleh:

Ts.Wan Nur Hafsha Bt Wan Kairuddin

Penolong Pengurus Kluster Komputer,
Jabatan Pengurusan Makmal & Aset,
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Tarikh: 08/08/2019

Lampiran A

 w1

Lampiran B

SENARAI PESERTA
Bengkel Pembangunan DE2 Board
6 & & Ogos 2019
PENCERAMAH: En. Hazwaj Bin Mhd Poad

                   PESERTA:

        1. Ts. Wan Nur Hafsha Bt Wan Kairuddin
        2. Pn. Nafizah Bt Salleh
        3. En. Ayoub Bin Kasno
        4. En. Md Hapic Bin Mohamad
        5. En. Mohd Zaki Bin Zakaria
        6. Pn. Nurul Aqla Bt Abdul Razak
        7. En K.Kovalan A/L Kanawathi
        8. En. Sahalan Bin Yasin
        9. En. Ramlan Bin Ralim @ Atan
        10. Pn. Nurain Bin Azizul

Lampiran C

Tentatif Program
Bengkel Pembangunan DE2 Board
6 & 7 Ogos 2019
Lokasi : Makmal Prototaip Pantas

tentatif

  • Hits: 509

For any inquiries, please contact us at:

Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-4564505
Fax: +607-453 6337
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

© Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ® 2019. All Rights Reserved. This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Best viewed with any modern web browsers (for Internet Explorer, version 10 or newer) with resolution of 1280x1024.