Ceramah Rejection in Grant Application: How to Deal With it? dan Editing Book Chapter for IDP Project – 11 Julai 2019 (Khamis)

Geran dan penerbitan bab dalam buku merupakan KPI yang sentiasa mendapat perhatian universiti. Bagi merancakkan lagi permohonan geran di kalangan staf, satu ceramah yang bertajuk Rejection in Grant Application: How to Deal With it? telah diadakan pada 11 Julai 2019 yang lalu dan telah disampaikan oleh Dr. Marlia Morsin. Beliau berkongsi pengalaman permohonan geran beliau pada tahun 2018 iaitu sebanyak 8 geran yang kesemuanya tidak berjaya. Pada tahun 2019, beliau telah berjaya mendapat dua geran. Permohonan geran yang tidak berjaya itu telah menyuntik semangat beliau untuk tetap tidak berputus asa, sebaliknya menggiatkan lagi usaha sehingga berjaya. Peluang memohon geran sebenarnya terbuka luas kerana terdapat empat jenis geran yang boleh dimohon oleh staf akademik iaitu Geran Universiti, Geran Industri, Geran Nasional dan Geran Antarabangsa. Ceramah kedua iaitu Editing Book Chapter for IDP Project, telah disampaikan oleh Dr. Norhafizah Ngajikin. Beliau berkongsi pengalaman langkah demi langkah bagi proses penerbitan bab dalam buku daripada projek IDP yang telah dijalankan oleh staf akademik bersama pelajar seliaan mereka.

 1

2

3

4

5

6

7

Disediakan oleh:
 
Profesor Madya Dr. Siti Zarina binti Mohd Muji
Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan dan Penyelidikan
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
 
  • Hits: 370

For any inquiries, please contact us at:

Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-4564505
Fax: +607-453 6337
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

© Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ® 2019. All Rights Reserved. This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Best viewed with any modern web browsers (for Internet Explorer, version 10 or newer) with resolution of 1280x1024.