Bengkel Penyediaan Permohonan Geran PRGS & FRGS di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM - 16 Januari 2020 (Khamis)

Program

Bengkel Penyediaan Permohonan Geran PRGS & FRGS di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM

Keterangan

Bengkel Penyediaan Permohonan Geran PRGS & FRGS telah diadakan pada 16 Januari 2020 bermula jam 9 pagi di Bilik Seminar 2, Blok G1, Bangunan Kompleks Makmal FKEE, FKEE, UTHM.

Bengkel yang diadakan ini merupakan salah satu usaha fakulti dalam menyediakan satu platform perkongsian pengalaman dan bimbingan secara bersemuka di antara penyelidik yang telah berjaya memperolehi geran FRGS dan PRGS (fasilitator) bersama peserta-peserta bengkel yang merupakan pemohon geran KPM fasa 2020.

Seusai bengkel, satu platform secara maya melalui kumpulan Whatsapp telah diwujudkan bagi meneruskan perkongsian di antara fasilitator dan peserta-peserta bengkel sehingga selesai proses permohonan geran yang disasarkan.

Aktiviti-aktiviti ini dirangka sedemikian sebagai usaha dalam mencapai objektifnya iaitu:

·         memperkasakan penyelidikan di FKEE,

·         memberikan bimbingan dalam permohonan geran kepada staf akademik terutama staf baharu di FKEE, dan

·         meningkatkan peranan Mentor Mentee dalam bidang penyelidikan di FKEE.

Diharapkan usaha ini dapat memberikan pendedahan dan bimbangan secara langsung kepada staf akademik dalam memastikan permohonan geran kementerian dapat dipertingkatkan lagi.

Anjuran Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan, FKEE

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Zarina Tukiran

Dr Marlia Morsin

Setiausaha

Pengerusi

JKPP, FKEE, UTHM

JKPP, FKEE, UTHM

19 Jan 2020

19 Jan 2020

 1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

  • Hits: 601

For any inquiries, please contact us at:

Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-4564505
Fax: +607-453 6337
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

© Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ® 2019. All Rights Reserved. This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Best viewed with any modern web browsers (for Internet Explorer, version 10 or newer) with resolution of 1280x1024.