Lawatan Penanda Aras bagi Pengurusan Sisa Makmal di Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar – 31 Oktober 2019 (Khamis)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik mempunyai beberapa buah makmal yang di dalamnya terdapat beberapa jenis bahan kimia bagi tujuan penggunaan makmal dan proses pengajaran dan pembelajaran. Makmal-makmal tersebut adalah Makmal Rekabentuk Papan Litar Tercetak Lanjutan, Makmal Pengimejan Perubatan dan Makmal Mikrofabrikasi.

Pihak makmal sentiasa memandang berat tentang keselamatan penggunaan bahan kimia. Oleh itu satu lawatan telah diadakan pada 31 Oktober 2019 di Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar, UTHM. Lawatan diketuai oleh Ketua Jabatan Pengurusan Makmal & Aset FKEE - Ts. Dr. Mohd Norzali bin Hj. Mohd, Pegawai SLO FKEE - Dr. Mohamad Nazib bin Adon dan 6 orang kakitangan Jabatan Pengurusan Aset & Makmal FKEE. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari sistem pengurusan sisa makmal yang dilakukan di FKAAS.

Antara perkara yang dipelajari hasil daripada lawatan adalah seperti kepentingan untuk mengadakan tempat penyimpanan bahan kimia yang sistematik, kepentingan untuk mengadakan alat PPE yang sempurna dan alat bantu sekiranya berlaku tumpahan bahan kimia dan kepentingan untuk mengadakan rekod bahan kimia, MSDS dan pelan tindakan kecemasan.

1

2

3

4

 

Disediakan oleh:

Jabatan Pengurusan Makmal & Aset (JPMA)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

  • Hits: 23

For any inquiries, please contact us at:

Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-4564505
Fax: +607-453 6337
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

© Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ® 2019. All Rights Reserved. This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Best viewed with any modern web browsers (for Internet Explorer, version 10 or newer) with resolution of 1280x1024.