UTHM Tandatangan MoU dengan STMicroelectronics Sdn. Bhd. – 29 Julai 2019 (Isnin)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan STMicroelectronics Sdn Bhd (STM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengadakan kolaborasi dalam bidang akademik, penyelidikan mikropemproses dan aplikasi Internet of Things (IoT) pada     29 Julai 2019 yang lalu. Kolaborasi ini juga akan merancakkan lagi program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat sekolah sekitar Batu Pahat dan Muar.

MoU ditandatagani oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Ts. Dr. Wahid bin Razzaly bagi pihak UTHM, manakala pihak STM pula diwakili oleh En. Tan Chun Sheng (Pengurus Besar). Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor UTHM, Professor Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Timbalan Naib Canselor UTHM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Dr. Rosli Bin Omar, Dekan Falkulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, dan En. Yoong Wee Shern, Timbalan Pengurus Besar STM.

Antara intipati penting dalam MoU ini adalah STM akan menyumbangkan mesin pengikatan dawai kepada UTHM untuk tujuan latihan akademik dan juga penyelidikan berimpak tinggi. Tambahan pula, tenaga akademik, penyelidik dan pelajar UTHM akan diberi peluang untuk menjalankan latihan sangkutan industri di kilang STMicroelectronics, Tanjong Agas, Muar.

Profesor Ts. Dr. Wahid bin Razzaly menyampaikan ucapan penghargaan bagi pihak universiti kepada STM kerana kolaborasi seperti ini dapat membuka peluang kepada para penyelidik di UTHM untuk menyumbangkan idea dan tenaga dalam pembangunan sistem aplikasi pintar. Tambah beliau, dengan kerjasama strategik STM, proses pemindahan teknologi terkini dari industri ke universiti dapat dijalankan secara langsung.

Kolaborasi ini juga akan mendatangkan manfaat kepada masyarakat setempat terutamanya sekolah berdekatan melalui aktiviti tanggungjawab social (CSR) yang boleh dilakukan bersama UTHM dan STM. Pendedahan teknologi terkini hasil dari penyelidikan IoT boleh menjadi pendorong kepada pelajar sekolah untuk mendalami bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang amat diperlukan negara.

Sementara itu, En. Tan Chun Sheng pula dalam ucapannya turut melahirkan rasa terima kasih kerana UTHM mahu bekerjasama dengan syarikat ini untuk membangunkan lebih banyak produk inovasi yang boleh diterima pakai dan dikomersialkan di pasaran global.

Kolaborasi ini juga akan memberi faedah kepada STM yang mana penyelidik dan pelajar dapat terlibat sama dalam penyelidikan yang dilakukan. Dengan ini, STM tidak akan kekurangan tenaga kerja mahir untuk menyiapkan projek yang diminta oleh pelangan. Kemahiran jurutera STM juga boleh terus dipertingkatkan sesuai dengan permintaan semasa melalui kursus pendek yang boleh diberikan oleh tenaga akademik UTHM.

1

2

3

Disediakan oleh:

Dr. Lukman Hanif bin Muhammad Audah
Pengerusi Jawatankuasa Pengantarabangsaan & Hubungan Luar
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

  • Hits: 89

For any inquiries, please contact us at:

Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia

Tel: +607-4564505
Fax: +607-453 6337
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

© Faculty of Electrical and Electronic Engineering (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ® 2019. All Rights Reserved. This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Best viewed with any modern web browsers (for Internet Explorer, version 10 or newer) with resolution of 1280x1024.