PERTEMUAN PENGURUSAN BERSAMA STAF AKADEMIK FKEE – 25 APRIL 2019 (KHAMIS)

  • -
2

PERTEMUAN PENGURUSAN BERSAMA STAF AKADEMIK FKEE – 25 APRIL 2019 (KHAMIS)

Category : News

PERTEMUAN PENGURUSAN BERSAMA STAF AKADEMIK FKEE – 25 APRIL 2019 (KHAMIS)

Pertemuan Pengurusan bersama Staf Akademik FKEE telah diadakan pada 25 April 2019 bermula jam 9.30 pagi di Bilik Seminar Blok QB, FKEE. Pertemuan berkala tersebut adalah bertujuan untuk menyampaikan makluman dan maklumat terkini daripada pihak pengurusan FKEE dan pengurusan atasan UTHM kepada staf akademik.

Pertemuan dimulakan dengan Perbahasan Perutusan Naib Canselor 2019 oleh YBrs. Dekan FKEE, Prof. Madya Dr. Rosli bin Omar yang membincangkan mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli fakulti dalam mencapai Key Performance Index (KPI) utama UTHM iaitu:

  • Kebolehpasaran graduan 2019 > 90%
  • 3000 penerbitan keseluruhan
  • 5 juta penjanaan pendapatan baharu
  • 25 juta geran penyelidikan baharu
  • 10% pelajar antarabangsa
  • Enrolmen pelajar ditingkatkan kepada 19k

Selain daripada itu, antara intipati penting yang telah dibentangkan oleh beliau adalah fokus atau tumpuan yang perlu diberi perhatian oleh staf akademik dalam bidang Penyelidikan, Pengajaran & Pembelajaran, Latihan dan Perundingan. Dalam hal ini, beliau telah mengingatkan semua staf akademik agar fokus dalam bidang perundingan perlu dipertingkatkan. Bidang tujah (niche area) FKEE juga telah diumumkan dalam pertemuan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diterima, bidang tujah FKEE adalah Elektronik Perubatan (Medical Electronics) dan Objek Rangkaian Internet (Internet of Things atau ringkasannya IoT).

Pihak pengurusan atasan UTHM juga telah mensasarkan tahun 2023 untuk UTHM mencapai status World Class University. Sehubungan itu, setiap ahli Fakulti memainkan peranan penting bagi memastikan sasaran tersebut menjadi kenyataan. Pengisian pertemuan tersebut turut disemarakkan dengan perkongsian harapan kesemua Timbalan Naib Canselor di UTHM yang merangkumi bidang Akademik & Antarabangsa; Penyelidikan & Inovasi; dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

Pertemuan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

1

2

3

4

5

Disediakan oleh:

Dr. Shaharil bin Mohd Shah
Pensyarah Kanan
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Last Updated on