Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) Di Antara UTHM Dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan – 4 April 2019 (Khamis)

  • -
1

Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) Di Antara UTHM Dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan – 4 April 2019 (Khamis)

Category : News

Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) Di Antara UTHM Dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan – 4 April 2019 (Khamis)

Kedua-dua pihak sebulat suara mengisytiharkan niat bersama untuk menjalankan kerjasama dalam penyelidikan dan khidmat profesional seperti berikut:

(i) Kerjasama dalam perkara berkaitan penyelidikan dan inovasi yang menyumbang kepada pembangunan pengawasan dan pencegahan penyalahgunaan dadah;
(ii) Memperkasa potensi kepemimpinan klien Agensi Antidadah Kebangsaan ke arah masyarakat berimpak; dan
(iii) Menyediakan ruang dan peluang kepada para pelajar untuk menjalankan latihan praktikal, kajian penyelidikan atau mengikuti program khidmat sosial.

Upacara tersebut berlangsung pada 4 April 2019 yang bertempat di Linton University College, Mantin, Negeri Sembilan bersempena Majlis Pelancaran Kempen Aspirasi Sekolah Bebas Dadah Peringkat Negeri Sembilan.

UTHM diwakili oleh Dr. Danial bin Md Nor selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Komputer, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM manakala AADK Negeri Sembilan diwakili oleh Puan Nazira binti Sadiron selaku Pengarah.

Majlis Menandatangani Surat Hasrat tersebut juga turut disaksikan oleh YB Mohamad Taufek bin Abdul Ghani yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, YBhg Dato’ Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali.

1

2

Disediakan oleh:

Dr. Danial bin Md Nor

Ketua Jabatan Kejuruteraan Komputer
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Last Updated on